Saturday, July 31, 2010
Wednesday, January 27, 2010
Sejarah SK Ladang Fraser
Sejarah awal SK Ladang Fraser, Kulai bermula pada tahun 1930. Bangunan asalnya adalah merupakan tempat tinggal atau berek pekerja ladang. Apabila pekerja-pekerja ladang telah diberikan rumah kediaman, di atas inisiatif beberapa orang ibu bapa. Mereka telah mendesak pihak pengurusan Ladang Fraser supaya bangunan tersebut dijadikan tempat untuk anak-anak mereka belajar.
Bangunan tersebut telah diserahkan kepada Kementerian Pelajaran dalam tahun 1952. Kementerian telah mengkategorikan sekolah ini di bawah sekolah-sekolah bantuan. Pembangunan sekolah ini berkembang sejajar dengan perkembangan pendidikan masa kini. Berbagai-bagai kemudahan telah disediakan dan disalurkan oleh pihak yang berkenaan.
Latar belakang keluarga pelajar-pelajar sekolah ini rata-ratanya buruh Ladang Fraser disamping bekerja di kilang-kilang yang terdapat disekitarnya. Jarak sekolah dengan tempat tinggal pelajar hampir 2.5 Kilometer. Pelajar datang ke sekolah dengan menaiki traktor yang disediakan oleh pihak pengurusan ladang dan ada yang dihantar oleh penjaganya dengan motorsikal.
Motto sekolah ini pada awalnya adalah “Berilmu Beramal dan Berbakti” dan telah ditukarkan kepada “Berilmu Berakhlak Mulia” pada tahun 1995 memandangkan SKLF juga perlu berubah menurut keadaan semasa.

Thursday, May 28, 2009
Lawatan kerja dan kunjung budi Majlis Guru Besar, PPD, JPN
Hari ini ada Lawatan kerja dan kunjung budi terdiri daripada pegawai-pegawai Pendidikan dari JPNJ, PPD dan beberapa orang guru besar.
Majlis yang ringkas, dan agak sibuk buat kami menyediakan persediaan sebenarnya.
Dalam masa majlis berlangsung tiang-tiang elektrik sedang dipasang di sekitar sekolah menandakan ketibaan bekalan elektrik dari TNB. Diharapkan bekalan elektrik akan disalurkan menamatkan penantian selama ini dimana SK Ladang fraser yang luar bandar statusnya, tiada bekalan elektrik yg sempurna dan tiada bekalan air yang memuaskan.
Kemudian nanti saya akan paparkan laporan bergambar sekitar majlis tersebut di atas. Alhamdulillah hari yang cerah, menyambut ketibaan tetamu hinggalah tetamu telah pulang. Pada namun sekitar jam 12.30 tengahari tiba-tiba hujan sangat lebat dan ribut melanda, hinggakan dahan pokok patah dan menimpa kereta saya. Tapi syukurlah semua selamat.

Saturday, May 2, 2009
First Post : Sejarah.
Bismillahirrahmanirrahim pembuka bicara.
Post pertama ini dibuat pada 1 Mei 2009. Blog SK Ladang Fraser yang pertama sekali dibina, menggantikan kaedah penjanaan laman web menggunakan dreamweaver MX adalah perlahan dan kurang robust. Diharapkan blog ini dapat berfungsi dan digunakan dengan semaksima mungkin.
Terima kasih Ustaz Bahroini kerana mencadangkan penggunaan Blog.

Tuesday, October 14, 2008
Friday, May 16, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)