Wednesday, January 27, 2010

Sejarah SK Ladang Fraser

Sejarah awal SK Ladang Fraser, Kulai bermula pada tahun 1930. Bangunan asalnya adalah merupakan tempat tinggal atau berek pekerja ladang. Apabila pekerja-pekerja ladang telah diberikan rumah kediaman, di atas inisiatif beberapa orang ibu bapa. Mereka telah mendesak pihak pengurusan Ladang Fraser supaya bangunan tersebut dijadikan tempat untuk anak-anak mereka belajar.


Bangunan tersebut telah diserahkan kepada Kementerian Pelajaran dalam tahun 1952. Kementerian telah mengkategorikan sekolah ini di bawah sekolah-sekolah bantuan. Pembangunan sekolah ini berkembang sejajar dengan perkembangan pendidikan masa kini. Berbagai-bagai kemudahan telah disediakan dan disalurkan oleh pihak yang berkenaan.

Latar belakang keluarga pelajar-pelajar sekolah ini rata-ratanya buruh Ladang Fraser disamping bekerja di kilang-kilang yang terdapat disekitarnya. Jarak sekolah dengan tempat tinggal pelajar hampir 2.5 Kilometer. Pelajar datang ke sekolah dengan menaiki traktor yang disediakan oleh pihak pengurusan ladang dan ada yang dihantar oleh penjaganya dengan motorsikal.

Motto sekolah ini pada awalnya adalah “Berilmu Beramal dan Berbakti” dan telah ditukarkan kepada “Berilmu Berakhlak Mulia” pada tahun 1995 memandangkan SKLF juga perlu berubah menurut keadaan semasa.


No comments:

Post a Comment